Hari Raya KU…
Wednesday, October 15th, 2008Alkisah tersebut la kisah pada hari raya ini aku biasa saje. takder yg sepesellll pun. seperti biasa aku akan pastikan aku terus bekerja hingga mlm raya sebab aku taknak pikir sgt akan hari esok. Semua org pasti gembira n happy pada mlm raya. Tapi aku hanya rasa kosong. kenapa aku sendiri pun tak tau. nak kata posa tak penuh. ermrmmm penuh kotttt kire plus minussss tuh aku posa penuh laaaa.
Tapi aku tetap raya bosan. aku tetap sambut raya sebab Mama…. n adik aku yg ada ngan Mama. aku taknak tgk diaorg sedih……. Walaupun hari raya aku lengkap cukup tapi aku stilll tak der feeling…
Ini kisah benar. petang raya tuh aku pegi ke rumah anak yatim tengku budriah kat permaisuri ceras. aku belikan gula2 n sedikit apa yg mampu tuk budak-budak tuh. dekat sana aku rasa aku penting… sebab semua budak2 kerumun kat aku.. diaorg bukan minta gula2 yg aku bwk… tapi dia org minta aku dukung dia org. waktu tuh aku terpikir kan kalau la masa fmily aku bercerai dulu. aku kena duduk umah anak yatim cam tuh. mesti aku ngan adik aku akan macam dia org. berebut minta kasih syang dari saper2 yg datang…… BIla di fikirkan. aku masih bertuahhh ada Papa yang sebenarnya sygkan aku n adik aku…… aku masih ada Mama yang sentiasa ingat anak2 dia yang tak pernah lekang mendoakan kebahagian anak-anak dia. Sedangkan kadang2 anak2 dia tak ingat pun dia. Bila gembira sendiri tapi bila ada problem mesti dia la tempat pertama akan jadi tempat mengadu…. Balik pada anak2 yatim tuh… masa aku nak balikkk dari umah tuh dlm kul 6 petang. ada sorang budak umo dalam 6 tahun lari2 dtg kat aku. aku tgk muka dia ada tanda parut. parut kena dera…. aku tau pun bila penyelia bagi tau. budak tuh nama syafizal… aku tak mungkin lupa… dia minta aku angkat… aku angkat tiba2 dia dtg kat telinga aku n ckp. ” ayahhh boleh dak nak cium pipi..” aku terus tanya spontan.. kenapa. dia ckp” lama dah tak dapt cium pipi ayah fizal”. waktu tuh…. Tuhan saja yang tahu hati akuuuu. aku rasa macam hati aku kena lenggek ngan stim rolllll. aku terus peluk n biarkan dia kiss pipi aku…. aku peluk budak tuh n aku rasa dada dia bergerak laju. aku tahu dia sebakkk mcm aku. waktu tuh aku dah tak malu menagisss. .. dgn sepantas power rengers nyer robot aku terus pegi ke kete aku. masuk kete… n aku dah cam hujan lebat di tengah petang…. yang aku terkejut sebab budak tuh nak cium ayah dia adalah kerana….. dia tahu yang ayah dia lahh yang dera dia n duduk dalam jail sekarang… tapi kenapa dia masih sygkan ayah dia…. walau pun dia tahu… ayah dia yang dera dia.. yang bagi tanda sarjan kat muka dia… yang gunting cuping telinga dia. yang buat cop garfu dekat betis dia…… waktu tuh aku rasakan hebat betul syg budak yang berumur 5 tahun pada ayah dia.. sedangkan ayah dia buat macam tuh dekat diaaa….
aku bukan org yang pandai mengarang. tapi aku harapkan siapa yang baca tulisan aku yang cam katun nie… anda dapat point yang aku nak sampaikan…. walau pun siapa orang tua kita… bodoh kah dia.. jahat kah dia… huduh kahhh dia…. mereka tetap orang tua kita. walau pun ada sesetangah dari diaorg yang tak mengaku anak dia orang sendiri…. mungkin dari nama boleh diputuskan.. tapi darah dia org tetap mengalir dlm tubuh kitaaaa biarpun kita seorang jutawan n meraka cuma pengemis di kaki lima…….. atau sebalik nyer..
Kawan2 ku. aku tak mereka cerita ini… boleh try pergi ke tempat yang aku ckppp. Kakak aku pun ada gi sana. dia org perlukan hug dari kita… . aku tulis nie pun dah sebak… sensitippp tul aku nieeee. hahahaha ok kwn2222 LOve u Alll take care