Archive for March, 2008

hahahahah. nasib ada dlm list

Thursday, March 27th, 2008

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

topic: RM20 sehari

Thursday, March 6th, 2008

RM 20 Sehari

2day aku terima email dari kakak kesayangan aku yg paling cute n comel…ni email yg di hantar kat aku…

RM 20 sehari

Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si
anak itu bertanya kepada ibu…..

Anak: Ibu…ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ibu…berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu…. Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: IBu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah
ibu!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk….. tak berani dia merenung ibunya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan….."Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ibu sebab Amin tak cukup duit…"

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.

"Ibu…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ibu ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya…

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa… atau
sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan…..bila dah kerja nanti…kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka…Fikirlah…selama ni…apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

miss my mama……..huhuhu. nak balikkkk ahhhhh tgk mak aku

blurrrrrrrrrrrrrrrrrr

Wednesday, March 5th, 2008

Malam tadi rekod dowh. aku tido awal giler kul 11mlm. hahahaha. lepas je send keje kat member aku. Nak kata sewel pun entah laaaaa. aku dah siap Drawing tuh aku pun tido. lupa nak charge laptop. aku tido. hahahaha. pagi aku bukak je laptop abis drwing semua burn. rasa nak terjun je dari tilam. (tilam dah ler. kan nagis lakkk org yang mengasihi aku) hahahaha. Skang nie aku kat mydin. aku tgh bertungkus lumus mensiap kan drwing. (dah siap pun. akukan expert, lift klcc) hahahaha lega akuuuu

hahahahhahaah
ok laaaaaaa nak gi tgk jap kelly ng tuh wat aper. kang meletup lakk prisision tuh. lagi kes aku kena ahahahahhahaha.
Mai Gott segnen uns(may god bless us)

KAWAN…

Tuesday, March 4th, 2008

KAWAN…
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti
menangis…
tapi mungkin aku boleh menangis
bersamamu… tapi tak leh ramai
sgt..nanti habih airmata aku…

KAWAN…
jika terasa tiba2 nak melarikan diri…
jauh dari masalah…
hubungilah aku…
aku takkan suruh kau
berhenti..tapi. .mungkin aku akan
berlari bersama kau agar masalah kau
boleh selesai… tapi jangan laju
sangat lari tak larat aku nak kejar..

KAWAN..
jika tiba2 kau ditinggalkan
kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memakihamun x-makwe/x-
pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai
diri kau sendiri…

KAWAN..
jika kau kecewa keluargamu takbahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kaubenci kepada ibu
bapa kau..tapi..terimala h segala
ketentuan Allah… dan belajar untuk
cintai mereka..

KAWAN..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau
suatuhari nanti…
ceritalah pada aku..aku takkan
sebutnama perempuan/lelaki
itu…tetapi. .cubalah jadi
lelaki/wanita yang lebih
soleh/solehah. ..

tetapi kawan…jika suatu hari aku
berdiam diri..aku tidak membalas
mesejmu..aku tidak angkat panggilan
darimu…hubungilah aku segera…sebab
waktu itu aku..aku mungkin perlukan
kau…atau aku sudah tiada lagi
didunia ini……… ……

jadi andai ini suratan buatku kalian
doakan kesejahteraanku di dunia abadi
kerana mungkin doa kalian mampu
menemani aku dialam yg berbeza itu..

Apapun kawan..segalanya ketentuan
Illahi buat kita yg bernama
manusia..carilah. kecapilah manisnya
mahabah fillah yg Allah utuskan dlm
persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh
dimata..dekat dalam munajatku padaNya

This poem is dadicate to Person who i call MY love,My soul And My SAHABAT……………………………….. HOPE its will make you all out there feel better.

My opisssssss……

Sunday, March 2nd, 2008

aku di influence oleh seorang manusia yang membuat kan aku nak tulis dalam blog nie.

hari ini aku di opis. pagi dowhhh mengantuk… penat…. entah laaaaa…… takder mooddd sikit. tapi aku buat bodoh jer. nasib ada internet nie leh gakkkkk aku email apa yang berkonen kat hati den.

semalam aku main futsal….. sakit dowh kena rembat tang muka sebijik. letih aku control hensem(memang hensem pun tak yah control) hahaha. (perasan je) aku. but as you all no who i am. and what kind of person i am. aku sentiasa cool relexxxxx.

hp lak abis bet masa main futsal… of coz laaaa tak duduk senang.. takut gak kalau ada urgent things pasal kerja. al maklum laa aku kan kuli batak belah mak sedara kepada bos aku.

nak dijadikan cerita aku pun charge phone kat dlm kete chuky….(itu la cerita nyer) hahahahha…. lepas tu balik umah baring jap tgk AC disini….. kul 730 jer siap2 gi mengajar….. dalam kebasahan…. ada laaaa makhluk tuhan mana laa yang ckp takyah la pegi hujan…kena serangan asma nanti gugur jantung… sapa yang susah…. aku sendiri laa yang susah yang nak jawap byk soalan ngan mak aku. ehehehehe….

aku lepak kedai mamak jap minum… sorang22222(nescafe ais) hahahahahahah sedap lol. sedap lagi mama aku buat. (rindu ahhh ) lepas tuh balik umah kul 10 mlm. lepak jap tgk tv…. lepas tuh tgk citer HAVOC ngan budak umah aku… heheh(rugi tak tgk) dlm kul 1 aku pun tido laaaaa. baik nyerrrr tidooooo…. . tepat kul 7.30 pag aku bagun. solat ngan cepat n pantas…..
siap2 aku lepak lagi kat kedai mamak minum nescafe… ngan roti canai…
after that aku pun pegi hantar dobi baju…… rm10.80… mahal kannn. nak buat cam ner seminggu sekali jerrrrrrrr.

saper2222 yang baca tuh thank you laaaa sebab aku memeng suke bercerita. kalau tak suka boleh blah aku kisah aperrrr. aku nyer tangan aku nyer suka la nak tulis aper punnn. hahahahahahahahahahaha

Pakcikkkkkkkk

Saturday, March 1st, 2008

aku nak bagi kat korang satu horoscope yang boleh di pakai oleh semua org. bagus nieeee aku suke ngan horoscope nie

Januari

- kire ok la
- muka x cun.
- org miskin
———— ——— ——— ——— ——— ——— ———

Feb uari

-  cun giler cam kambing
-  pakwe boroi
-  murah
- jadi org kaya punya driver

———— ——— ——— ——— ——— —-

Mac


- huduh
- pemarah , nasib malang
- anak pun huduh
- tapi member die kacak @tampan

———— ——— ——— ——— ——— —–

April


- selalu gagal dalam idup
- x ade balak @ awek
-  mulut busuk
- jiran die cute

———— ——— ——— ——— ——— ——— -

Mei
- kedekut
- suke makan peha ayam jantan
- selalu kena nombor
- x kenal erti cinta,
- tahu nak makan je

 ———— ——— ——— ——— ——— -

Jun

- muka ok, tp lepas operiktion la
- peragai buruk mcm patrick
-
———— ——— ——— ——— ——— –

Julai


-  ada suami yang baik hati
- satu perkataan ‘PELIK’ tapi ada cam sengal2 laaaaaa
———— ——— ——— ——— ——— -

Ogos


- x ada ciri2 ketua , lembik
- bute iT
———— ——— ——— ——— ——— –

September


- x pandai menggunakan pentas
-  suara sumbang
- semput


———— ——— ——— ——— ——— ——

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.

- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu terlalu sayang.

- Romantik
- Memahami pasangan
- bijak , kacak . tegap.
- murah rejeki .


———— ——— ——— ——— ——— -

November


- Agak d egil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.

- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

———— ——— ——— ——— ——— —

Disember


- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

CINTAKU……………

Saturday, March 1st, 2008

Selalunye… bila aku mencari aku takkan jumpa. Bila aku perlukan mesti tak jumpa. Bila aku sunyi pun takde. Tapi ……….
Bila aku tak perlukan. dia ada didepan mata……

Cinta,LOve, Ai…. semua membawa maksud yang sama…… Tapi kita paham ke….

I love my mum…. So much….
I love My Sis… So much
I love my Friend….
I love My……… heheheh more then that person know.

Tapi aku takut… semua yang aku sayangkan nie akan tinggal kan aku satu hari…
Aku tahu aku bukan sempurna.. tapi apa aku kesah…. Mampus ler. ….
Aku ada member yang best2…
yang dan yang paling sewel nama dia Chucky… (nor fazliana) nama sedap2 nak panggil chucky. (rasa nak sepak je)

aku kena sesak nafas dlm 2 hari nie. tapi aku takut nak cite kat fmily aku. nanti diaorg marah….. hahahaha. aku cuma leh mengadukat org yang aku sayang lerrrr. mengadu je laaaaaaa. nak lebih2 tak leh (jauh) hahahahahahahaha.
hari nie aku kat kedai mamak depan sutramas. aku minum sambil check friendster….
aku tulis dalm blog nie pun sebab aku dah cukup boring…. sengal dan i miss some one so dammed much…. until i can’t coloring my heart with the rainbow.
sometime i just fill im not good enuf to have a wonferful frind. shoulder to shoulder. tapi aku takkisah laaaaaaaaaaaa.

sure korang tanya saper yang aku miss sgt tulll dak. Tapi aku ego laaaa sgt ego… aku taknak mengaku. aku hanya bole ckp that person is somebody yang important sgt dlm hidup aku. kata2 dia boleh merubah awan atau cuaca yang ada dalam diri aku. tak kisah laa aper pun. hujan pun boleh dowh.  aku rasa cam nak main futsal petang nie ngan cuky. tgk laaa. tapi ada cocktail party lak… my days last 2 week with full of suprise yang aku tak jangka…. but its make me alive back n i thankful what’s  god given to me….

To whom may concern.
senyap je laaaaa yang bising2 aku sekeh kang nanti…………… commet tu bior laaa molek yang cantik2 yang tak cantik jgn ahhhhh