Hari Raya KU…

October 15th, 2008 by tripleaaa

Alkisah tersebut la kisah pada hari raya ini aku biasa saje. takder yg sepesellll pun. seperti biasa aku akan pastikan aku terus bekerja hingga mlm raya sebab aku taknak pikir sgt akan hari esok. Semua org pasti gembira n happy pada mlm raya. Tapi aku hanya rasa kosong. kenapa aku sendiri pun tak tau. nak kata posa tak penuh. ermrmmm penuh kotttt kire plus minussss tuh aku posa penuh laaaa.

Tapi aku tetap raya bosan. aku tetap sambut raya sebab Mama…. n adik aku yg ada ngan Mama. aku taknak tgk diaorg sedih……. Walaupun hari raya aku lengkap cukup tapi aku stilll tak der feeling…

Ini kisah benar. petang raya tuh aku pegi ke rumah anak yatim tengku budriah kat permaisuri ceras. aku belikan gula2 n sedikit apa yg mampu tuk budak-budak tuh. dekat sana aku rasa aku penting… sebab semua budak2 kerumun kat aku.. diaorg bukan minta gula2 yg aku bwk… tapi dia org minta aku dukung dia org.  waktu tuh aku terpikir kan kalau la masa fmily aku bercerai dulu. aku kena duduk umah anak yatim cam tuh. mesti aku ngan adik aku akan macam dia org. berebut minta kasih syang dari saper2 yg datang…… BIla di fikirkan. aku masih bertuahhh ada Papa yang sebenarnya sygkan aku n adik aku…… aku masih ada Mama yang sentiasa ingat anak2 dia yang tak pernah lekang mendoakan kebahagian anak-anak dia. Sedangkan kadang2 anak2 dia tak ingat pun dia. Bila gembira sendiri tapi bila ada problem mesti dia la tempat pertama akan jadi tempat mengadu…. Balik pada anak2 yatim tuh… masa aku nak balikkk dari umah tuh dlm kul 6 petang. ada sorang budak umo dalam 6 tahun lari2 dtg kat aku. aku tgk muka dia ada tanda parut. parut kena dera…. aku tau pun bila penyelia bagi tau. budak tuh nama syafizal… aku tak mungkin lupa… dia minta aku angkat… aku angkat tiba2 dia dtg kat telinga aku n ckp. ” ayahhh boleh dak nak cium pipi..” aku terus tanya spontan.. kenapa. dia ckp” lama dah tak dapt cium pipi ayah fizal”. waktu tuh…. Tuhan saja yang tahu hati akuuuu. aku rasa macam hati aku kena lenggek ngan stim rolllll. aku terus peluk n biarkan dia kiss pipi aku…. aku peluk budak tuh n aku rasa dada dia bergerak laju. aku tahu dia sebakkk mcm aku. waktu tuh aku dah tak malu menagisss. .. dgn sepantas power rengers nyer robot aku terus pegi ke kete aku. masuk kete… n aku dah cam hujan lebat di tengah petang…. yang aku terkejut sebab budak tuh nak cium ayah dia adalah kerana….. dia tahu yang ayah dia lahh yang dera dia n duduk dalam jail sekarang… tapi kenapa dia masih sygkan ayah dia…. walau pun dia tahu… ayah dia yang dera dia.. yang bagi tanda sarjan kat muka dia… yang gunting cuping telinga dia. yang buat cop garfu dekat betis dia…… waktu tuh aku rasakan hebat betul syg budak yang berumur 5 tahun pada ayah dia.. sedangkan ayah dia buat macam tuh dekat diaaa….

aku bukan org yang pandai mengarang. tapi aku harapkan siapa yang baca tulisan aku yang cam katun nie… anda dapat point yang aku nak sampaikan…. walau pun siapa orang tua kita… bodoh kah dia.. jahat kah dia… huduh kahhh dia…. mereka tetap orang tua kita. walau pun ada sesetangah dari diaorg yang tak mengaku anak dia orang sendiri…. mungkin dari nama boleh diputuskan.. tapi darah dia org tetap mengalir dlm tubuh kitaaaa biarpun kita seorang jutawan n meraka cuma pengemis di kaki lima…….. atau sebalik nyer..

Kawan2 ku. aku tak mereka cerita ini… boleh try pergi ke tempat yang aku ckppp. Kakak aku pun ada gi sana. dia org perlukan hug dari kita… . aku tulis nie pun dah sebak… sensitippp tul aku nieeee. hahahaha ok kwn2222 LOve u Alll take care

June 25th, 2008 by tripleaaa

Ada Untukmu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas
Rindu di hati
Oo….
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan hanya ketulusan
Sekeping hati suci

[Chorus]

Aku….
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dariku

Aku….
Berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu

Aku….
Sayangi dirimu / padamu
Biarpun nafasku sampai
Terhenti…

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan
Kepada Mumtaznya….

Oh..oh…

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Meraih cinta kita…

ANDAI KU TAHU

June 18th, 2008 by tripleaaa

Andaiku tahu….

kapan tiba ajalku. ku akan memohon, Tuhan pajangkan lah umurku. aku takut akan semua dosa2 ku…. ku akan memohon tuhan ampunilah diriku……

aku manusia yang tak punya apa….. tapi aku masih punya hati dan cinta……..

aku terus teringatkan kisah seorang sahabatku yang amat rapat dgn ku suatu masa dulu….tidak perlu aku memperkenalkan diri hamba Allah ini pada semua org…..Bagi aku dia hanya org biasa yang amat biasa, tapi punya hati dan cita-cita yang amat besar, belajar dan ingin terus berjaya…cuba gembirakan hati org yang disayangi tanpa kisah akan hidup nya berapa lama lagi terutama ibu nya yang sgt dia hormati kagumi dan beberapa ahli keluarga dan org yang amat istimewa dalam hidupnya….

Namun begitu teman aku ini seorang yang amat berahsia. pura-pura kuat dalam segala hal….sehingga satu hari dia tak mampu tuk nak berkata bila fizikal telah melihatkan apa yang dia cuba selindungi…. disaat dia amat perlukan seseorang dan dia tidak merayu untuk org itu kembali pada nya kerana mungkin itu yang terbaik tuk dirinya… Namun dia amat berharap hati itu miliknya….

Yang hanya mengehtahui hanya Mama…. Wanita besi yang banyak mencorak kisah hidupnya… namun dia tak pernah mengeluh atau gembira kerana hidupnya hanya biasa tiada apa yang menarik….disaat waktu hampir tiba entah mengapa dugaan datang bertimpa-timpa… namun dia tak mengeluh dan tetap dengan tekadnya yang terus terpendam dalam hati…disaat menanti keputusan yang bakal mengubah hidupnya atau memadam hidupnya atau apa saja yang terjadi…..

Ya Allah ya tuhan ku… kenapa dia perlu lalui semua itu…. Kenapa tidak biar dia hilang mengejut tanpa sempat dia mengungkaikan apa yang berselirat dalam hatinya… Namun begitu entah mengapa dia org biasa tapi menpunyai sahabat yang luar biasa…. sgt luar biasa yang sanggup memalukan diri merengkuh diri tuk melihat dia gembira….Melakukan perkara yang bukan ingin orang biasa ini… sehingga semua yang terpendam dalam hati terburai….Yang luar biasa itu laaa yang disalahkan kerana membuat org yang istimewa gabra…kerana bagi sahabatku itu tiada yang lebih penting dari menjaga dan melihat …. org yang disayanginya itu

entahlaa adakah apa yang dibuat oleh sahabat aku itu benar…namun aku sendiri melihat bagaimana semua kisah ini terjadi.. inilah realiti hidup… sayangi orang itu selagi dia dihadapan mata kerana bila dia tiada nanti anda tak akan mampu memiliki cinta seperti itu lagi…

yang aku tahu waktunya semakin hampir….. @@.NOV bukan hari biasa…untuk org yang biasa bagi merubah hidupnya kearah yang lebih sempurna……disaat sahabatku amat penat tuk berfikir dia membuat sesuatu yang gila… pulang ke rumah bonda melihat wanita yang amat disyangi itu… mendengar helai tawa permata hatinya mengusap rambutnya mengucup pipi permata-permata kecil itu. sambil menampar2 dan mencubit…(heehehe)

Aku sedar dia cuba gembirakan hati, berkerja terus dgn keras bagi melihat semuanya telah tersedia…..semalam dia pulang dari pulau mutiara… Namun hatinya terguris berparut… kerana dek halilintar yang tak pernah disangka akan membelah hatinya. Baginya kata-kata itu bukan kata-kata biasa kerana perginya di ke pulau itu bukan atas kehendak dirinya tapi demi melindungi org yang telah mengukirkan parut itu… Biarlah…. Dia orang biasa kerana masih ramai yang membuka segala rahsia….. aku cuma membantu………menjadi tempat dia menceritakan kisah hidupnya. takut-takut tiasa org yang akan mengingatinya… atau ingat hidup bersamanya…. kerana aku tahu apa yang dia tahu dan org biasa itu tahu apa yang lebih dia tahu dan org yang luar biasa itu tahu akan apa yang patut dia tahu……

NUkilanku bukan tuk tatapan org yang berumur 18 tahun setengah kebawah….

wish him luckkkk………. aku tak puas lagi lihat dia tersenyum dan gembira nanti

Negaraku……

May 27th, 2008 by tripleaaa

Aku yang tension……..

Seperti biasa hari2 aku berjalan menarik , tertarik dan sebagainyer. Aku baru balik dari outstation dari penang. Letih dowh. Sampai je pagi tadi lebih kurang kul 6 pagi aku bertambah tension. Letih, dan sebagainye. Tiba-tiba aku terfikirkan macam mana aku nak lepas tension nie. Macam-macam la aku fikirkan. Hahahaha standart laa saper kenal aku betul2 baru tahu aku nie cam ner. Hahaha. (org ckp aku nie borin) tapi ramai jekkkk yang ckp tak. Hahah

Aku terfikir dan saje wat judgment sendiri apa impact nyer bila Negara kita yang miskin nie(miskin???) bole menjadi kaya dgn hanya bergaduh. Hahahaa korang mesti tak terfikir conflict yang berlaku dlm Negara kita sekarang nie sentiasa membuat kan invester dari luar Negara sentiasa terfikirkan 18 kali sebelum nak melabur kedalam Negara kita. Apa kesannye.

Hahaha peluang pekerjaan yang sepatutnya ada akan hilang. Ramai graduan yang menganggur. Walau pun dia org perasan dia org hebat dan pikirkan yang dia org leh survive dalam dunia sekarang ini. Macam aku sendiri. Bila aku abis belajar.. mungkin rezeki aku aku dpat kerja yang bagus dan setaraf ngan keputusan akedemik aku. Aku bangga. Tapi aku masih malihat ramai kawan2 aku yang terkontang kanting mencari pekerjaan. Tak kisah laahh apa saja course yang dia org ambik. Kecuali medic laa. Yang medic nie sure dah hebat. Ahhahahaha.

Aku rasa kerajaan sendiri perlu buat sesuatu tuk membetulkan masalah ini. Ini bukan masa tuk bercakaran. Pembangkang ke atau pemtabir Negara dua dua perlu sama2 menaikkan nama Negara dan perlu mencari inverster tuk pastikan rakyat Negara ini ada kerja…. Nak buat.  Dah la kita underpay.

Contohnyer. 4 bulan lepas kawan aku dari Portugal datg Malaysia. Aku pun gembira laaa. Hahaha member lama kan. Aku pun jln2 kl tunjukkan klcc. Sesuatu yang kita leh banggakan sebagai rakyat Malaysia. Dia pun engineer cam aku gak kat Australia. Dia ckp kat aku yang Negara kita amat cantik. Ada semua nyer tapi yang takder cuaca yang baik, maksud dia 4 musim tuh laaa. Dia ckp lagi yang Negara kita underpay. Sebab tu dia rasa rakyat Negara kita cam miskin2 je. Kire tuh dari mulut member aku sendiri yang berkata2. aku tak leh atau reti nak balas balik. Dah itu kenyataanye. So pada semua rakyat Negara yang bertuah ini. Hanya kita yang dapat mengubah keadaan.

Jadi la bangsa yang bijaksana. Kita yang memegang tali dan kita yang memegang timba. Kita memiliki ekonomi dan kita yang mencipta budaya. Dan kita menjadi tuan di Bumi yang kita yang MERDEKA. Merdekakan diri kita dulu sebelum kita nak merasa kita berada di bumi yang merdeka. Merdekakan otak minda kita dahulu sebelum kita nak medekakan tanah air yang terindah ini.

wassalam

who gonna heal me.

May 15th, 2008 by tripleaaa

TODAY IS RAINING……

today is raining…im still waiting the sunshine… i think i have seen the sun. But now i’m confiuse. …… But every time when the raining happen… the sun just kiss the raining with just one kiss to have a good day.  Good day…. im just dreaming that’s i heard and feel hurt but know body know…….arhggggg life is so suck… i dont have a shoulder to cry… huhuhuhuhuhuhu. i dont care… god plz help me to kiss this bad feeling away

SAYANG MAMA…….

May 4th, 2008 by tripleaaa

Ibu… saya sayang Ibu….. "Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.Setahun berlalu…"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya." Pesanan: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya…"ALIFFFF Sayang MAMA" SELAMAT ARI MAMA HARI HARI HARI MAMA …. BELILAAA PAKAIAN DI HARI HARI… APA AKU MENGARUT DA…..

I’M just a human………….

May 2nd, 2008 by tripleaaa

Hai.

hari nie aku nak cerita satu kisah pasal my friend nie. DIa teman aku shabat aku yang paling baik. sejak lahir sampai sekarang dia ada ngan aku. (iyer ke) hahaha anggapkan je la betul.

Dia nie memeng jenis yang sensitif. semua yang terjadi disekeliling dia akan rasa dgn cepat. nama dia itah. Kisah hidup dia pun bukan baik sgt. I mean bukan nyer ceria je bukan gembira je. dari kecil kalau tak silap aku dia tak pernah gembira. ada la sekali sekali. manusia biasakan. mesti cam tuh. bila dia rasa gembira mesti lepas tu dia sedih. Naper ehhh dia rasa semua org main2kan dia.

Baru2 nie aku lihat dia gembira sgt. aku tanya kenapa. dia ckp entah NO reason. aku paham la maksud dia. tapi sometimes aku tgk dia akan kembali pada rupa asal. di luar nampak di kuat. gembira. hebat tapi secara yang lebih tepat dia pretending. supaya org sekeliling lihat dia okeh.  aku tanya kenapa cam nie. dia bagi tahu no reason. semua yang terjadi mesti ada alasan. tapi aku still paham. dia ckp kat aku. org suke bila rasa diperlukan. tapi dia pun nak rasa cam tuh gak. …….. aku ckp kat dia. ko memang sentiasa diperlukan. sebab kalau takder ko hidup kita tak ada makna. tapi aku tahu dia benar2 maksudkan apa yang dia katakan. aku pun tahu sebab dia adalah sebahagian dalam aku…………….

huhuh. lama tak menulis

April 16th, 2008 by tripleaaa

Hai sumerrrrrr

lama aku tak menulis blog nie. so skang aku nak tulis. dlm berapa ketika nie. hidup aku agak stress. dgn keje, dgn org, dgn environment. macam2 lagi lerrr. aku rasa cam sunyi jeeee. huhuhuhuhuh. tapi bila tiba masa-masa tertentu semangat tu lain macam laaaaa. hahahahahaha (rahsia ahhh mana leh citer)

aku baru balik dari trip. hahaha best keje sambil cuti. hahahaha. puas hatiiiiiiii cun tul tempat tuh.  tapi tak beli apa2 laaa. ada laaa tuk org aku sayng. mama aku dan…….. hehehe. kire saper dpat tuh org yang aku syang laaa. terima kasih pada lily menyewakan beg. hahahahah sewa percuma. ( ditaja oleh lily). nanti ko kawin buat karaokeh aku nyanyi percuma kat ko. hahahahahahaha. (aku ngan chucky laa akan nyanyi sama2) hahahahahahahahaha.

aku rasa aku….. laparrrrrrrrrrrrrr. nak gi mkn laaa lapar giler dari mlm mkn meggi jer. beli buah je kot mkn. hahahahahaha

okeh la sume sume. take care. seeeeee ya next scat…….  hahahahha bye

hahahahah. nasib ada dlm list

March 27th, 2008 by tripleaaa

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

topic: RM20 sehari

March 6th, 2008 by tripleaaa

RM 20 Sehari

2day aku terima email dari kakak kesayangan aku yg paling cute n comel…ni email yg di hantar kat aku…

RM 20 sehari

Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si
anak itu bertanya kepada ibu…..

Anak: Ibu…ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ibu…berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu…. Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: IBu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah
ibu!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk….. tak berani dia merenung ibunya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan….."Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ibu sebab Amin tak cukup duit…"

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.

"Ibu…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ibu ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya…

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa… atau
sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan…..bila dah kerja nanti…kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka…Fikirlah…selama ni…apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

miss my mama……..huhuhu. nak balikkkk ahhhhh tgk mak aku